Pages

Wednesday, September 21, 2011

Ikan Haruan Goreng Belada

Lama tak update blog nie...bukan tak nak update tapi tak sempat. Apa pun menu ni menu hari Isnin lepas...juadah untuk suami berbuka posa. Ikan haruan nie mak mertua bagi masa balik kampung ahad lepas. Abang ipar gagau ikan dapat lah ikan haruan nie..masa dapat tuh bernyawa lagi ikan haruan nie so shaza masakkan goreng belada...

haaaa...nie la rupanya...tak sempat nak hias ikan nie sebab dh nak berbuka dah...main letak je dalam pinggan...

Resepi
2 ekor ikan haruan
1 labu bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
2 sudu cili blend (* resepi di bawah)
1 inci kunyit hidup - dikisar
air asam jawa (* boleh ganti dengan asam keping jika suka)
sedikit air
garam & gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-cara
1. Goreng dahulu ikan haruan
2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar tadi
3. Setelah garing masukkan garam dan ikan haruan yang telah digoreng tadi
4. Selepas seketika, masukkan air, air asam jawa dan juga gula secukup rasa
5. Sedia untuk dihidangkan
* Kalau suka kuah banyak...tambah je air

**Cili blend
Cili kering - gunting kecik-kecik supaya biji nyer keluar, dan direbus
bawang besar
bawang putih
# cili kering yang direbus dicuci dan di kisar bersama bawang besar dan bawang putih. Boleh disimpan di dalam peti

0 comments:

Post a Comment