Pages

Tuesday, September 27, 2011

Rendang Daging

Selagi syawal belom habis...selagi tuh lah rendang nie jadi menu yang kerap shaza masak...so baru-baru nie shaza buat rendang nie untuk kengkawan-kengkawan opis makan sesama...

Rendang Daging

Bahan-Bahan

1 kilo daging batang pinang - potong kiub/hiris
10 tangkai cili kering - direbus dan dikisar
10 batang cili padi - dikisar
2 tangkai cili merah - dikisar
5 biji bawang kecil - dikisar
2 biji bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci kunyit hidup - dikisar
1 sudu makan kerisik
1 cawan santan (250 ml)
5 batang serai - diketuk
2 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit (dihiris/dikoyakkan)
Minyak untuk menumis
Garam dan gula

Cara-cara

1. Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga garing.
2. Masukkan kerisik dan kacau rata.
3. Masukkan daging dan tumis sehingga air daging kering.
4. Masukkan santan, serai, daun limau purut dan daun kunyit.
5. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Kecilkan api dan reneh sehingga rendang menjadi pekat/kering (terpulang kepada kepekatan masing-masing)

* shaza kebiasaannya kalau rendang suka ada kuah sket...x suka kering sangat...tapi terpulang kepada selera masing-masing.

Bihun Goreng Singapore

Hari ahad lepas ada tetamu nak datang rumah...maklumlah raya sebulan..kebetulan plak hari tu kitorang banyak gak jemputan...disebabkan masa yang suntuk shaza pon prepare simple dish je untuk tetamu pada hari tuh...nie lah menu nyer...bihun goreng singapore dan rendang daging...apa pon licin menu hari tuh...tu yang best


Bihun Goreng Singapore


Bihun Goreng Singapura

Bahan-Bahan

3 labu bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih  - dikisar
1 kiub pati ayam
3 sudu makan cuka
10 ekor udang sederhana besar
3 ekor sotong (dihiris)
5 biji bebola ikan (potong dua)
sebatang lobak merah (hiris halus/diparut)
sedikit bunga kobis
sedikit kubis bulat (dihiris halus)
1 paket bihun (direndam)
minyak - untuk menumis
garam secukup rasa

Cara-cara

1. Tumis bahan yang dikisar sehingga wangi dan masukkan kiub pati ayam. Tumis lagi sehingga kiub pati ayam sebati dengan bawang. Kemudian masukkan garam dan cuka.
2. Masukkan udang, sotong dan bebola ikan. Tumis sehingga udang kelihatan kemerahan dan separuh masak.
3. Kemudian, masukkan sayur-sayuran dan kacau sebentar.
4. Setelah itu masukkan bihun yang telah direndam tadi dan kacau rata. 
5. Sedia untuk dihidangkan bersama cili kicap. 
  

Wednesday, September 21, 2011

Ikan Haruan Goreng Belada

Lama tak update blog nie...bukan tak nak update tapi tak sempat. Apa pun menu ni menu hari Isnin lepas...juadah untuk suami berbuka posa. Ikan haruan nie mak mertua bagi masa balik kampung ahad lepas. Abang ipar gagau ikan dapat lah ikan haruan nie..masa dapat tuh bernyawa lagi ikan haruan nie so shaza masakkan goreng belada...

haaaa...nie la rupanya...tak sempat nak hias ikan nie sebab dh nak berbuka dah...main letak je dalam pinggan...

Resepi
2 ekor ikan haruan
1 labu bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
2 sudu cili blend (* resepi di bawah)
1 inci kunyit hidup - dikisar
air asam jawa (* boleh ganti dengan asam keping jika suka)
sedikit air
garam & gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-cara
1. Goreng dahulu ikan haruan
2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar tadi
3. Setelah garing masukkan garam dan ikan haruan yang telah digoreng tadi
4. Selepas seketika, masukkan air, air asam jawa dan juga gula secukup rasa
5. Sedia untuk dihidangkan
* Kalau suka kuah banyak...tambah je air

**Cili blend
Cili kering - gunting kecik-kecik supaya biji nyer keluar, dan direbus
bawang besar
bawang putih
# cili kering yang direbus dicuci dan di kisar bersama bawang besar dan bawang putih. Boleh disimpan di dalam peti