Pages

Saturday, May 17, 2014

Resepi Churros and Choc Sauce Dipping

Assalamualaikum…

Dah lama rasanya tak mencoret apa2 dalam blog ni…tak berkesempatan rasanya…disebabkan beberapa kawan2 mintak i kongsi kan resepi churros…maka rasanya lebih senang kalau di kongsikan di dalam blog supaya x perlu copy paste resepi setiap kali rakan2 mintak. Apa churros ni? Churro ni adalah snek atau org kita kata kudap-kudapan..ada yang kata Spanish doughnut…ianya sgt popular di Spain, France, US dan restoran di Malaysia pon dah ada yang menyajikan churro ni dalam menu. Churro ni boleh dimakan ketika sarapan atau minum petang…di cecah dengan sos coklat…perghhhhh…mmg marv! Churro pertama yang i makan adalah di restauran The Sumbs yang terletak di Sekyen 13 Shah Alam. Makanan dekat sini sedap jugak dan sangat berbaloi dengan harga….kekurangannya adalah tak banyak pilihan minuman…semuanya berkabonat kecuali ice lemon tea….

So…di sebabkan anak i mintak i buat churros ni..ku gagahkan jua masuk ke dapur untuk buat minum petang…apa sahaja untuk keluarga terchenta! Resepi asal daripada website Nigella Lawson..u all boleh tgk pada link untuk baca the original resepi ya. Kalau ikut original resepi ada disertakan skali cara-cara untuk buat choc sauce tapi disebabkan i x cukup bahan dan kebetulan ader Cadbury Milk Choc…so i cairkan choc yg dah tentunya sedap dalam microwave! U all boleh guna apa jugak choc sauce yang u all suka…kalau nak pakai nutella pon boleh…cair kan aje.


Resepi Churros With Chocolate Dipping Sauce

Bahan-Bahan Curros

90 gram gula kastor
tbsp serbuk kayu manis
125 gram tepung gandum
125 gram tepung naik sendiri
1 cubit garam
2 tbsp minyak zaitun * i guna minyk sayur
Minyak untuk menggoreng

Bahan-Bahan Choc Dipping Sauce 

200 gram dark choc (potong kecil)
50 gram milk choc (potong kecil)
2 tbsp golden syrup
300 ml whip cream (dairy cream/thicken cream)

Cara-cara
  1. Gaulkan gula dan serbuk kayu manis. Ketepikan.
  2. Campurkan golden syrup, whip cream dan coklat dalam periuk dan panaskan secara double boiling dengan api perlahan. Kacau sentiasa sehingga coklat cair. Ketepikan.
  3. Ayak tepung dan garam dan buatkan lubang di tengah2 adunan tepung tadi omputeh kata make a well in the centre.
  4. Dalam mangkuk yang berasingan, campurkan minyak zaitun/sayur bersama 450ml air panas dan masukkan di tengah2 adunan tepung tadi. Gaulkan dengan garfu sehingga tiada ketulan tepung lagi. Adunan tu sepatutnya lembut dan melekit bila di pegang. Biarkan adunan tersebut 'berehat' selama 10 minit.
  5. Panaskan minyak untuk menggoreng di dalam frying pan (kalau boleh cari periuk/kuali yang boleh deep fried) lebih kurang 1/3 penuh. Minyak kena betul2 panas. Cuba masukkan sedikit tepung dan kalau adunan tu perang dalam 30 saat then u're ready to go babe!
  6. Masukkan tepung ke dalam piping bag dengan star shaped nozzle. Picitkan churros kedalam minyak panas dan potong mengikut size yang kita suka. selalunya panjang2 lah ye. Jangan masukkan lebih daripada 3 pada satu masa.nnt melekat dik! Goreng dalam 3-4 minit sehingga garing dan perang. Angkat dan letakkan di atas tisu dapur. Taburkan dengan campuran gula kayu manis tadi. Setelah siap boleh lah cicah dengan sos coklat bersama kopi/teh.

Selamat Mencuba!

Tata!

Friday, March 21, 2014

Aktiviti Cuti Sekolah Mac 2014...Daurah Penghayatan Remaja Islam

Assalamualaikum

Cuti sekolah akan bermula tak lama lagi....so plan? balik kampung ke? bagi yang tercari-cari pengisian sepanjang cuti sekolah untuk anak-anak boleh lah hantar anak-anak kita ke program Daurah Penghayatan Remaja Islam anjuran Masjid Negeri Shah Alam atau dikenali sebagai Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Program ini diadakan dari 24 Mac hingga 27 Mac 2014. Terbuka untuk anak-anak kita yang berumur 7-17 tahun. Yuran tak mahal...hanya RM50 seorang dan makan tengahari disediakan. So...saper-saper yang ada kelapangan dan tiada plan untuk anak-anak bolehlah mempertimbangkan untuk hantar anak ke Masjid Negeri ni...daripada anak-anak duduk di rumah main game....tgk tv dari pagi sampai ke petang (mcm anak i...huhuhu)...baik hantar diorang ni ke program yang ada pengisiannya...insyaAllah. Jom!


Wednesday, March 5, 2014

Cenderahati Menanti Follower Bertuah! Jom Follow!!!!

Berita baik bagi sesiapa yang sudi menjadi follower i….dalam next week saya akan ke negara jiran untuk bercuti…so…kalau sesiapa yang nak cenderahati daripada negara seberang….jom follow I!!!  I ni sebenarnya suka kalau boleh memperbanyakkan lagi rakan-rakan siber supaya kita semua boleh berkongsi maklumat…tapi mungkin disebabkan kurang publisiti or i prob dont know how to write! tak der saper nak follow kita….so! ini lah masanya untuk saya mencari sahabat siber! JOM!

Sunday, January 12, 2014

Satay Station - Nyums


Siapa yang tak suka satay…angkat tangan!!!! Ada ke yang tak suka? mungkin ada kot. Entri kali ni i nak citer pengalaman makan yang baru di Satay Station, Seksyen 9 Shah Alam. Lokasi restoran ni di belakang Plaza Masalam, Shah Alam. Tempat ni masih lagi baru…kira2 sebulan kot….tempatnya selesa samada untuk small group atau pon family gathering.

Apa je menu yang ada kat situ? Satay station ader menghidangkan satay (daaaaa!!!!!…kalau tak der satay tak kan lah namanya satay station kan!), terdapat satay ayam, satay daging dan juga satay hati ayam. Saiz sataynya bagi i cukup rasa lah…tak lah terlalu besar mcm satay hut di Tg. Karang tuh…dan tak lah terlalu kecil….bite size omputeh kata. Tapi siapa yang nak order satay hati ayam tuh, saya cadangkan jgn order banyak sgt sebab saiznya besor giler….1 cucuk satay hati ayam leh 2 orang makan kot.

Selain daripada satay, ader jugak hidangkan sup tulang dan mee rebus. Sup tulang tu boleh dimakan dengan nasi….dan sup nya ada kelainan sikit dari segi rasa. Manakala mee bandung tu plak rasanya ok lah….cuma kalau udang kering dlm kuah tu lebih sket lagi sedap la..bertambah umphhh gitu…

Harga Satay Station
Satay Ayam - RM 1.20/cucuk
Satay Lembu - RM 1.40/cucuk
Satay Hati Ayam - RM 2.00/cucuk
Sup Tulang - RM 10.00/mangkuk
Mee Rebus - RM 6/mangkuk

Restoran Satay Station, Shah Alam


Apple Kasturi (kot)….x ingat la..hehehe…tak pon kasturi asam boi

Satay ayam

Mee Rebus

Satay Hati Ayam


Satay Ayam

Sup Tulang


So..mcm mana? Kalau u olls rasa dah tak tau nak makan per…boleh lah cuba…tukar angin orang kata…selamat mencuba!

Sign off!

Wednesday, July 3, 2013

Steamboat Grill di Q Thai Shah Alam

Makan...makan...makan...kitorang memang suka makan....lama dok cari steamboat skali ngan grill/bbq tapi tak plak jumpa sekitar shah alam ni...satu hari masa nak balik dari One Baby World kat Laman Business park tu, ternampak satu restoran yang menawarkan makanan berupa steamboat dan grill. Tapi disebabkan masa tu rushing sebab ada urusan lain, maka kami tidak ler makan kat situ. So, baru-baru ni my husband ajak pergi makan kat situ...so apa lagi. Niat di hati nak try steamboat ler...tapi anak semua kenyang lagi....huhuhu...karang rugi plak bayar mahal2 tapi tak nak makan. Harga untuk bbq steamboat RM 27 (dewasa) RM 14 (kanak-kanak). Kalau u guys tak nak bbq...boleh lah ambik steamboat je. Harga untuk steamboat RM22 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak. Kanak-kanak akan dikenakan bayaran sekiranya mencapai had ketinggian. Siap ada tempat ukur tinggi lagi kau...kelas gituh...kat situ ada Dim Sum jugak...macam i suka dim sum....so suka lah i....gambar kat bawah ni antara dim sum yang ada..harga dim sum adalah RM 1.50/pcs.


Disebabkan anak-anak masih kenyang jadi kami pun order ala carte je....tak tercapailah cita-cita nak makan steamboat bbq...huhuhu. Kat restoran ni ada jugak menu pakej...terpulang pada bajet dan selera kita. 




Kat atas tu adalah menu2 yang kami order. Setakat menu yang kami try, makanannya ok. Tempat duduk nya ada beberapa pilihan....sesiapa yang suka angin luar boleh la duduk dekat bahagian luar dimana ader disediakan tempat duduk ala2 dalam kereta kuda gitu....anak2 suka lah sebab something new kan. Kalau tak nak kereta kuda meja biasa pon ada jugak. Terpulang pada kesesuaian masing-masing. So...pada sesiapa yang ingin mencuba makan steamboat dan juga grill boleh la datang ke restoran ini untuk mencuba. Selamat mencuba!