Pages

Wednesday, July 3, 2013

Steamboat Grill di Q Thai Shah Alam

Makan...makan...makan...kitorang memang suka makan....lama dok cari steamboat skali ngan grill/bbq tapi tak plak jumpa sekitar shah alam ni...satu hari masa nak balik dari One Baby World kat Laman Business park tu, ternampak satu restoran yang menawarkan makanan berupa steamboat dan grill. Tapi disebabkan masa tu rushing sebab ada urusan lain, maka kami tidak ler makan kat situ. So, baru-baru ni my husband ajak pergi makan kat situ...so apa lagi. Niat di hati nak try steamboat ler...tapi anak semua kenyang lagi....huhuhu...karang rugi plak bayar mahal2 tapi tak nak makan. Harga untuk bbq steamboat RM 27 (dewasa) RM 14 (kanak-kanak). Kalau u guys tak nak bbq...boleh lah ambik steamboat je. Harga untuk steamboat RM22 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak. Kanak-kanak akan dikenakan bayaran sekiranya mencapai had ketinggian. Siap ada tempat ukur tinggi lagi kau...kelas gituh...kat situ ada Dim Sum jugak...macam i suka dim sum....so suka lah i....gambar kat bawah ni antara dim sum yang ada..harga dim sum adalah RM 1.50/pcs.


Disebabkan anak-anak masih kenyang jadi kami pun order ala carte je....tak tercapailah cita-cita nak makan steamboat bbq...huhuhu. Kat restoran ni ada jugak menu pakej...terpulang pada bajet dan selera kita. 




Kat atas tu adalah menu2 yang kami order. Setakat menu yang kami try, makanannya ok. Tempat duduk nya ada beberapa pilihan....sesiapa yang suka angin luar boleh la duduk dekat bahagian luar dimana ader disediakan tempat duduk ala2 dalam kereta kuda gitu....anak2 suka lah sebab something new kan. Kalau tak nak kereta kuda meja biasa pon ada jugak. Terpulang pada kesesuaian masing-masing. So...pada sesiapa yang ingin mencuba makan steamboat dan juga grill boleh la datang ke restoran ini untuk mencuba. Selamat mencuba!

0 comments:

Post a Comment