Pages

Wednesday, June 26, 2013

Resepi Kek Nenas Terbalik

Kek nenas terbalik????? hahaha....apa yg u oll pk bila first time dgr? I memula tot kek nenas tuh jatuh terbalik....rupanya pineapple upside down kek....adoiiii....ecehhh...eksen....i dh terpikir lama nak buat kek ni cumanya momentem tu tak sampai...dok terbayang dlm otak ni je...so masa my MIL nak g umrah, kami adik beradik dok melepak kat rumah my SIL. So, i was thinking kan bagus buat kek ni...senang pon senang...bahan pon ada...apa lagi...this time i cuba resepi dari Nigella Lawson. Hasilnya sangat puas hati. Kek ni tak terlalu manis dan tak terlalu berat. Amat sesuai untuk dibuat minum petang atau berkelah. So, i akan share kan resepinya di bawah. Sila mencuba dan bagi komen u all ya.




Sumber : Nigella Lawson

Bahan2

Mentega (untuk dioleskan pada loyang)
2 sb gula
6 kepingan nenas dalam tin (ambil 3 sb jus nenas dalam tin) 
11 biji buah ceri (Maraschino)
100 gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
100 gram mentega (suhu bilik)
100 gram gula kastor
2 biji telur (gred A)

Cara-Cara
1. Panaskan oven 200°C. Sapukan loyang 8-9 inci dengan mentega.
2.Taburkan 2 sb gula ke dalam loyang yang telah dioles tadi. Susun kepingan nenas.
3. Letakkan ceri kedalam setiap lubang pada nenas dan juga tempat2 kosong yang ada diantara nenas.
4. Didalam bekas yang berasingan, masukkan tepung, baking powder, soda bikarbonat, mentega, gula kastor dan telur. Kemudian pukul sehingga sebati. Kemudian masukkan 3 sudu besar jus nenas ke dalam adunan.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan ratakan adunan.
6. Bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Kemudian, larikan spatula keliling loyang supaya kek tidak melekat dan mudah dikeluarkan.
7. Terbalikkan kek ke atas papan kek dan.....wallah!!!! kek nenas terbalik!

0 comments:

Post a Comment