Pages

Wednesday, February 27, 2013

Macaroni Bakar

Entri kali nie I nak share my own resepi iaitu jeng..jeng..jeng..macaroni bakar...alah..tak der lah hebat mana pon resepi nie berbanding dgn resepi dari bloger2 yang hebat2 tuh...tapi boleh lah kalau nak buat untuk keluarga...al kesah nyer dish nie pernah dibuat oleh adinda tersayang masa raya tahun lepas...disebabkan petang tuh (cuti masa chineese new year) kami nak berkelah so I pon buat lah dish nie untuk kudap-kudapan. Orang lain kudap makanan ringan...aku kudap mac bakar...hambek!!! mana tak sehat...


Nie lah rupa mac bakar I...gambar tak berapa nak cantik la....so sesiapa nak mencuba boleh la cuba resepi seperti di bawah nie ye.

Bahan-Bahan
  1. 1 keping dada ayam - potong kiub
  2. 1 batang lobak merah - potong dadu
  3. 1 biji bawang besar -potong dadu
  4. 1 1/2 cawan macaroni - terpulang nak beli mcm mana bentuk tapi seelok-eloknya cari yang ada lubang..cth elbow
  5. 2 cawan keju yang diparut - cth: cheddar, parmesan
  6. 1 cawan susu segar
  7. 4 biji telur
  8. Sos pasta (putih)
  9. Garam
  10. Minyak masak
  11. Loyang 9 x 9
Cara-cara
Bahagian A
  1. Rebus macaroni - tak perlu masak sangat sbb nnt nak bakar lagi
  2. Panaskan minyak dan masukkan bawang yang telah di potong dadu. Tumis sehingga layu.
  3. Masukkan ayam yang telah di potong. Tumis ayam sehingga separuh masak.
  4. Kemudian masukkan lobak dan tumis sehingga lobak separuh masak.
  5. Masukkan garam mengikut rasa. (p/s jgn masin sgt sbb nak tabur cheese)
Bahagian B
  1. Panaskan oven 180 darjah C.
  2. Pukul telur dan susu segar sekali.
  3. Setelah macaroni tadi siap direbus, masukkan macaroni kedalam bahan-bahan yang digoreng dan gaulkan sehingga sebati. Kemudian taburkan sedikit keju dan gaulkan lagi.
  4. Sediakan loyang dan sapukan sos putih ke dasar loyang tersebut - untuk mengelakkan macaroni melekat.
  5. Kemudian, masukkan separuh bahagian macaroni tadi kedalam loyang dan sapukan sos putih diatas macaroni serta taburkan keju.
  6. Masukkan baki macaroni yang telah dimasak dan tuangkan campuran susu dan telur.
  7. Akhir sekali taburkan lagi keju diatas. (p/s lagi banyak keju lagi yummmy)
  8. Bakar di dalam oven selama 30-40 minit / sehingga masak dan keju bewarna keperangan.

Bahan-bahan yang digunakan
Separuh adunan yang pertama. Lapiskan dengan sos putih dan taburkan keju atas macaroni
Masukkan baki adunan, tuangkan campuran susu & telur dan taburkan kejuuuuu lagi

Taraaaaa....hasil nyer...macaroni bakar
Main bola tak sampai 5 minit dah lapar...makan dulu ye...lepas nie sambung lagi!!!
Ibu ngan baby bersantai sambil makan ek ;-p

0 comments:

Post a Comment