Pages

Saturday, February 23, 2013

Bengkak Susu

Aloooo...lama jugak dibiarkan enchik spider menternak di blog i nie sampai bersawang....nie pon sebab semua askar i take a nap so...apa lagi..kena cepat2 tulis artikel....kali nie i nak citer pasal bengkak susu atau omputeh cakap breast engorgement.

Bengkak susu nie sakitnya susah nak digambarkan....biler kena bengkak susu...temperature badan akan berubah sampai boleh demam akibat terlalu sakit. I ada baca a few articles on the internet pasal bengkak susu nie....kebanyakkannya menyatakan punca bengkak susu adalah apabila saluran susu tersumbat. Kilang susu mengeluarkan susu melebihi permintaan. Mungkin cara kita lekap bayi kurang betul atau pun kita tidak pam keluar susu kita sehingga menyebabkan saluran susu tersumbat.

Sebelum nie I belum pernah kena bengkak susu dan tak tau bagaimana rasa bengkak susu nie....tapi setelah melahirkan putera ke empat nie, I dah kena bengkak susu dalam 4 kali. Sakitnya bukan kepalang. Yang paling teruk I pernah kena sampai tahap infection. Masa tu ingatkan bengkak susu biasa tapi suhu badan nie tak menentu...kejap2 sejuk sampai mengigil-gigil....lepas tu badan panasssss sangat sampai demam...sakit seluruh badan...keliling pinggang pon sakit. Tak ader bahagian yang boleh di sentuh. Nasib baik bengkak sebelah je...anak pulak fully breastfeed..nak tak nak kena lah jugak menyusukan baby. Seharian I menangis menahan sakit...walaupun makan paracetamol tapi sakit tu terlalu kuat sampai ubat pon tak ader effect. Disebabkan tak boleh tahan sakit, I pon tanya kawan2 mcm mana nak overcome bengkak susu nie...salah satu caranyer letak kubis sbb kubis nie sejuk...tak pasal2 kubis bulat dalam peti jd korban. So daun kubis tu bukak sehelai-sehelai dan tekapkan pada payudara yang bengkak tuh dan biarkan. Masa tu I biarkan semalaman...dalam subuh tuh I pon try urut dan keluarkan susu dan jeng..jeng...jeng...sekali tengok susu ader campuran nanah...apa lagi...mengangis lah...mula2 tak tau yang I kena infection...ingatkan breast cancer (dramatik sikit)...google punya google rupanya infection...so the next morning pergi jumpa doc dapatlah antibiotik. Alhamdulillah lepas habiskan antibiotik dan keluarkan susu sampai bengkak tu hilang (beberapa hari jugak) sakit nyer pon hilang.

Semalam bangun tidur kena sekali lagi...ingatkan nak mc je pagi tuh. Tapi mengenangkan ader mesyuarat, ku gagahkan jugak ke opis....tp paracetamol tak lepas dari genggaman sampai habis kerja. Balik keje pergi klinik tp doc kata kena tuam dan keluarkan susu tuh. It's the only way...huhuhu...I pon tanya nak tuam panas ke atau tuam sejuk. Doc tu bagi tahu kalau bengkak susu biasa belum sampai tahap infection, tuam panas tapi kalau dh masuk tahap infection kena tuam sejuk supaya tak menjadi lebih teruk. So satu malan semalam dok tuam pakai tungku elektrik tuh dan Alhamdulilah pagi tadi susu mula mengalir dan kurang banyak sakitnya. Ni masih lagi sakit tapi tak seteruk semalam.

Anyway ada pelbagai cara untuk mengurangkan bengkak susu nie...tak semestinya kita semua kena ikut cara yang sama sebab setiap orang berbeza...cuma kalau boleh jangan lah kena bengkak susu nie....sakit!!!!!


Signing Off ;-)

0 comments:

Post a Comment