Pages

Thursday, August 25, 2011

Salam Lebaran


Shaza dan keluarga ingin mengucapkan Salam Lebaran kepada sanak saudara dan sahabat handai yang mengenali kali sekeluarga....jari disusun memohon ampun dan maaf sekiranya terkasar bahasa dan tersalah kata...akhir kata berhati-hati ketika memandu dan balik ke kampung...semoga Ramadhan kali ini bukan merupakan Ramadhan terakhir kita berjumpa...Salam Lebaran

Saturday, August 20, 2011

Choc Chip Cookies : Penambat hati anak

Seperti yang dijanjikan...akhirnya siap jugak cookies yang shaza janji nak buat untuk anak-anak. Bahan-bahan pon baru dibeli pagi tadi. Separuh hari jugak lah membuat biskut nie...bukan sebab susah...tapi sebab banyak selingan...apa pon berbaloi jugak biler anak makan dan puji hasil usaha ibunya...huhuhu....

Ada gak kengkawan yang tertanya-tanya mana slalunya shaza beli bahan nak wat kueh...meh nak bagi tau...kalau dekat sekitar shah alam nie, ada beberapa kedai yang shaza tau jual bahan bakeri antaranya Bagus Bakery, Pandan Bakery, Bake with Yen dan JJ Fiftyseven Bakers....most of the time shaza akan ke Bagus Bakery untuk mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan..kenapa shaza suka pergi sini...sebab Bagus nie ala-ala one stop centre..senang sket...semuanya ada kat situ..tak payah nak pergi dua tiga kedai...lagi satu kedai nie ada sediakan kelas baking...bayaran yang dikenakan sangat berpatutan dan kita boleh pilih kelas mana yang kita berminat...kepada sesiapa yang nak tau senarai kelas yang ada...boleh jenguk website Bagus...so pagi tadi pon shaza beli bahan-bahan biskut di Bagus Bakery...meh tengok proses shaza buat cookies kegemaran putera-putera shaza...

Ni lah bahan-bahan yang diperlukan: Tepung, soda bikarbonat, gula pasir, gula perang, choc chip, butter, telur dan wallnut

Beginilah rupa adunan biskut choc chip nih...

lepas adunan dah sebati...susun dekat tray macam nie...kena jarak sket..nanti mengembang

nampak jaraknya cam jauh kan....tapi jangan terkejut berapa besar biskut nie boleh kembang...

ni lah rupa biskut ketika dibakar...baru nak mengembang

close up biskut yang in baking process

taraaaa......ni lah output nyer....nyum...nyum..

Nampak gayanyer hari nie sempat buat sejenis biskut je....insyaAllah kalau rajin esok buat cornflakes lak...walaupon penat tapi rasa berbaloi sangat dapat buat biskut kesukaan anak-anak ;-)...itu saja buat malam nie...

SIGNING OFF ;-)


Biskut Raya Kesukaan Anak

Raya bakal tiba lagi...bak kata omputeh..just around the corner...biskut dan kerepek raya pon dah ada yang dapat...sempat ke sampai ke raya tuh...selalunya kalau aki lah...dah ada biskut raya depan mata...lepas buka and solat maghrib je...sambil mengadap tv mesti balang biskut tuh depan mata dan ngap...satu persatu sampai lah suami aku tegur...hehehe...itu lah akibatnya kalau makan biskut depan tv...lepas makan baru menyesal...minggu-minggu terakhir nie mesti ramai ibu-ibu yang sebok menyiapkan persediaan terakhir sebelum kita semua menyambut kedatangan Syawal...antaranya buat biskut raya....yeah...apa biskut kegemaran Uolls atau anak-anak...macam anak aku diorang suka makan biskut samperit...sarang semut...cornflake and choc chip cookies..Nasib baik neneknya pembuat biskut...jadi selamatlah ibunya...hehehe...atleast samperit aku tak payah nak buat...aku import je dari mak aku...so aku plan hari ni nak buat biskut cornflakes dan choc chip cookies...sebok dah anak aku si Adam tuh dok merengek biler ibu nak buat biskut....jadi untuk merialisasikan impian nyer tuh hari nie aku dengan rela hati nya akan buat biskut raya....

Rahsia kepada biskut yang sedap ialah mencari resepi yang bagus....tapi macam mana kita nak tau resepi tuh bagus ke tak bagus ke tak...biskut nye tuh lembut ke keras...ader sesetengah buku atau majalah resepi nie...gambar bukan main cantik lagi...tapi output nyer baling ke dinding pon tak pecah...kalau Uolls nak tahu resepi biskut yang sedap atau rangup selalunya mesti ada gabungan sekurang-kurangnya tepung gandum+tepung jagung...kalau ader gabungan nie...Uolls boleh lah cuba..kepada kengkawan yang masih tercari-cari lagi resepi...boleh lah melawat blog chef Hanieliza dan mencuba resepi beliau....setakat nie resepi kak liza belum pernah menghapakan aku...selamat mencuba...next entry aku akan kongsi dimana nak mencari bahan-bahan kek atau bakery yang bagus di sekitar shah alam nie....tunggu..

SIGNING OFF ;-)

Tuesday, August 16, 2011

JAKIM sahkan mentega 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' tidak halal

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan mentega jenama 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal. Ketua Pengarahnya Othman Mustapha berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.

"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu juga, Othman meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.

Beliau berkata mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.

Othman berkata perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.

Pada 19 Julai lalu Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas.

- Bernama

Kini terungkai sudah penantian pembuat-pembuat kuih/biskut raya...akhirnya JAKIM mengesahkan kedudukan sebenar mentega yang kebanyakkannya digunakan untuk membuat biskut dan juga kek lapis. Kepada pengguna yang pernah menggunakan mentega brand ni jangan lupa samak peralatan uolls dengan cara yang betul ye...kepada peniaga-peniaga yang dah terbuat kek dengan menggunakan butter Golden Churn tu...tepuk dada tanya iman apakah tindakan yang sewajarnya.

SIGNING OFF ;-)

Friday, August 12, 2011

Pearl Haya Biggest Annual Sale!!!

Betul tuhhhh...Pearl Haya akan mengadakan ANNUAL SALE you...jualan tahunan ini akan diadakan di salah satu cawangannya di senawang...sale ini akan diadakan pada SABTU ini 13/08/2011 dari jam 7 pagi hingga 7 malam....bagi uolls yang masih tercari-cari tudung raya yang belom match ngan baju yang menawan tuh...meh lah ke sini beramai-ramai...bagi yang tak tahu kat mana terletaknya galeri tudung popular itu...meh salin alamat ni Senawang Commercial Park, 100G Senawang Commercial Park Street 4, 70450 Senawang, Negeri Sembilan. ‎Bagi yang ada GPS tuh...guna GPS lagi senang....jadi apa lagi...bagi anda yang sudah berkahwin buat appointment ngan husband awal-awal ye...lepas sahur trus pergi...i cuma leh bagi semangat je...husband i tak nak pegi...huhuuh..have fun ye...tapi jangan lah sampai tak nak balik pulak..hehehe 

SIGNING OFF ;-)