Pages

Saturday, May 17, 2014

Resepi Churros and Choc Sauce Dipping

Assalamualaikum…

Dah lama rasanya tak mencoret apa2 dalam blog ni…tak berkesempatan rasanya…disebabkan beberapa kawan2 mintak i kongsi kan resepi churros…maka rasanya lebih senang kalau di kongsikan di dalam blog supaya x perlu copy paste resepi setiap kali rakan2 mintak. Apa churros ni? Churro ni adalah snek atau org kita kata kudap-kudapan..ada yang kata Spanish doughnut…ianya sgt popular di Spain, France, US dan restoran di Malaysia pon dah ada yang menyajikan churro ni dalam menu. Churro ni boleh dimakan ketika sarapan atau minum petang…di cecah dengan sos coklat…perghhhhh…mmg marv! Churro pertama yang i makan adalah di restauran The Sumbs yang terletak di Sekyen 13 Shah Alam. Makanan dekat sini sedap jugak dan sangat berbaloi dengan harga….kekurangannya adalah tak banyak pilihan minuman…semuanya berkabonat kecuali ice lemon tea….

So…di sebabkan anak i mintak i buat churros ni..ku gagahkan jua masuk ke dapur untuk buat minum petang…apa sahaja untuk keluarga terchenta! Resepi asal daripada website Nigella Lawson..u all boleh tgk pada link untuk baca the original resepi ya. Kalau ikut original resepi ada disertakan skali cara-cara untuk buat choc sauce tapi disebabkan i x cukup bahan dan kebetulan ader Cadbury Milk Choc…so i cairkan choc yg dah tentunya sedap dalam microwave! U all boleh guna apa jugak choc sauce yang u all suka…kalau nak pakai nutella pon boleh…cair kan aje.


Resepi Churros With Chocolate Dipping Sauce

Bahan-Bahan Curros

90 gram gula kastor
tbsp serbuk kayu manis
125 gram tepung gandum
125 gram tepung naik sendiri
1 cubit garam
2 tbsp minyak zaitun * i guna minyk sayur
Minyak untuk menggoreng

Bahan-Bahan Choc Dipping Sauce 

200 gram dark choc (potong kecil)
50 gram milk choc (potong kecil)
2 tbsp golden syrup
300 ml whip cream (dairy cream/thicken cream)

Cara-cara
  1. Gaulkan gula dan serbuk kayu manis. Ketepikan.
  2. Campurkan golden syrup, whip cream dan coklat dalam periuk dan panaskan secara double boiling dengan api perlahan. Kacau sentiasa sehingga coklat cair. Ketepikan.
  3. Ayak tepung dan garam dan buatkan lubang di tengah2 adunan tepung tadi omputeh kata make a well in the centre.
  4. Dalam mangkuk yang berasingan, campurkan minyak zaitun/sayur bersama 450ml air panas dan masukkan di tengah2 adunan tepung tadi. Gaulkan dengan garfu sehingga tiada ketulan tepung lagi. Adunan tu sepatutnya lembut dan melekit bila di pegang. Biarkan adunan tersebut 'berehat' selama 10 minit.
  5. Panaskan minyak untuk menggoreng di dalam frying pan (kalau boleh cari periuk/kuali yang boleh deep fried) lebih kurang 1/3 penuh. Minyak kena betul2 panas. Cuba masukkan sedikit tepung dan kalau adunan tu perang dalam 30 saat then u're ready to go babe!
  6. Masukkan tepung ke dalam piping bag dengan star shaped nozzle. Picitkan churros kedalam minyak panas dan potong mengikut size yang kita suka. selalunya panjang2 lah ye. Jangan masukkan lebih daripada 3 pada satu masa.nnt melekat dik! Goreng dalam 3-4 minit sehingga garing dan perang. Angkat dan letakkan di atas tisu dapur. Taburkan dengan campuran gula kayu manis tadi. Setelah siap boleh lah cicah dengan sos coklat bersama kopi/teh.

Selamat Mencuba!

Tata!